Nama: Cik Julie
Jawatan: Pembeli Serai
Kawasan: Seremban
Catatan: Sedia membeli serai jenis peha ayam dalam kuantiti yang banyak.Untuk mendapatkan contact cik julie sila hubungi saya.(Majid:0197291987)
Nama: En Azmi
Jawatan: Penjual Serai
Kawasan: Kuatan
Catatan: Sesiapa yang berminat untuk membeli serai dalam kuantiti yang banyak boleh dapatkan contact number dari saya.
(Majid:0197291987)
14 November 2008
16 Oktober 2008
Cara Penanaman Serai
Hari nie aku nak kongsi ngn semua orang cara penanaman yang yang biasa di praktik kn aku.Orang lain punya cara aku tak taw lh cam ner kn..Aku cuba explore cara yang terbaik untuk dapatkan hasil yang maksimum..Nanti aku post untuk korang k.
1)Membuat lining mengunakan ukuran 2’ X 3’.Jarak ini dapat memaksimumkan hasil tuaian.Anda juga boleh menanam mengikut ukuran 3’ X 4’.
2)Untuk satu ekar tanah anda boleh menanam sebanyak 7216 lubang.2 batang bagi setiap lubang.
3)Kebiasaanya bagi 1KG benih serai mengandungi 22 batang mngikut gred benih tersebut.
4) Oleh itu satu ekar tanah memerlukan 656 KG benih serai.
Pengiraan:
7216 lubang X 2 batang = 14432 batang
14432 batang / (22 batang /kg) = 656 kg
1)Membuat lining mengunakan ukuran 2’ X 3’.Jarak ini dapat memaksimumkan hasil tuaian.Anda juga boleh menanam mengikut ukuran 3’ X 4’.
2)Untuk satu ekar tanah anda boleh menanam sebanyak 7216 lubang.2 batang bagi setiap lubang.
3)Kebiasaanya bagi 1KG benih serai mengandungi 22 batang mngikut gred benih tersebut.
4) Oleh itu satu ekar tanah memerlukan 656 KG benih serai.
Pengiraan:
7216 lubang X 2 batang = 14432 batang
14432 batang / (22 batang /kg) = 656 kg
07 Oktober 2008
Cili Kampung
Kali nie lari skit dari topik asal..Aku nk citer skit pasal si lada Kampung @ Cili Kampung nie..Aku dah tanam cili kampung nie lebih 5 tahun..tp ttp x berjaya gak nk atasi masalah serangan Hama cili kampung nie.Hama nie kalau dh serang,abes Cili dikerjakanye..Daun jadi kerinting..Kalau setakat daun je jahanam x pe gak,dier punye Cili pun jadi kurang.permah gak aku tanya kt jabatan pertanian..Dieorang cakap mmg x de ubat nye..so cm ner nak buat..Macam2x cara aku dah buat..ade yang kata siram pakai air sabun,aku pun balun je..sama je hasilnye..So kalau korang ade idea cam ner nak atasi masalah nie bagi taw lh ilmu tue kat aku..
Bekerja Di hari Raya
Hari nie hari first masuk office..Cuti raya..Ptg Selesa blk je dari office terus cabut balik parit sulong,tahun nie family ajak beraye kt kampung so dapatlh aku jumpe pakcik2x aku yang dah lama tak jumpa.seronok gak,tp hati aku ttp kt serai aku di mersing...He3x.Pas aku dah jumpa pakcik n makcik aku semua malam tu gak aku balik mersing..
Pagi hari raya kedua aku dah ade kt kebun.Plan nak sulam balik serai2x yang mati masa aku tanam awl puasa hari tue..Aku cabut serai yang aku rasa macam dh besar je,x payah tunggu 6 bulan,lambat sangat.Aku siang n terus tanam.Adoi…rupanya banyak betul aku nk kena sulam,silap betul,masa aku tanam awl puasa ari tue musim panas,hamper 40% mati..sabar2x..dugaan nie semua.Sory lh aku x amek gambar masa aku tanam coz aku yang pegang kamera cam ner nak amek gambar sendiri..Gambar di bawah nie gambar serai baru sebulan tanam
Serai Umur 4 bulan
13 September 2008
Serai
Aku buat blog nie sebenarnye nak kongsi tip-tip yg ake kaitan dengan serai.Aku tanam serai dengan bapak aku kt mersing johor.Tp baru je mula,kira baru sekali tuai.Pada mula nya tak tahu pun yang serai nie market tinggi kt pasaran.aku dengan bapak aku main bantai tanam je.Ade lh dalam 2 ekar.Sekarang nie aku dh tambah sekali ganda untuk fasa kedua nie,so sekarang nie dah ade 4 ekar lh.Baru je tanam.Wt masa sekarang nie aku tak dapat nk publish gambar kebun serai aku tue.Aku kerja kt JB(Johor Bahru),so time cuti hujung minggu baru aku balik mersing.Aku x sabar nak blk mersing nie..aku nak tengok ape dh jadi dengan serai aku tue..so klu aku blk nanti aku paste ler gambar kebun aku kt blog nie k
Blog permulaan dalam hidupku
Aku baru nak cuba-cuba guna blog nie untuk publish ape2 je yg aku rs nak publish..geram aku tgk orang lain punya blog cantik-cantik..aku ape lagi trylh taip http://www.blogspot.com. Mane lh taw blog aku yg kali nie berkekalan.Aku rs dh bnyk kali gak aku buat blog,tp semua hampeh je.asyik lupa password je.mane tak nye,aku rs lebih 20 password aku kena ingat..password account bank je dh ade 4.blm lagi email,fantasy fottball,kwsp,maybank2u.lagi pun aku x berani nak guna semua pasword same.Klu orang taw mampus aku,mmglh x bnyk duit dalam bank aku tue,tp klu hilang nangis gak aku.kawan-kawan suport aku ye..aku risau je blog aku yg nie pn akn berkubur.haha...
Langgan:
Catatan (Atom)